Skip to main content

Bola Sepak

JDT akan berwajah baru, mereka akan ambil alih kelab -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
'Johor Darul Ta'zim (JDT) akan dipelopori oleh pemain-pemain muda'

Itulah harapan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, demi melihat JDT semakin berkembang dipenuhi bakat muda pada masa akan datang.

Bercakap mengenai apakah kelainan yang ditampilkan juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu, Pemangku Sultan Johor menjelaskan bahawa JDT sedang melalui fasa baharu selepas melalui tiga musim penuh cemerlang.

"Ini adalah pasukan baru.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami meraih pencapaian tanpa tewas dalam tiga musim.

"Kami tidak akan boleh lagi mengulangi rekod tersebut.




"Termasuk ratusan gol dan bolos yang kurang. 

"Kerana apa yang kami lakukan pada 2018 dan 2019, pulangan berbaloi apabila keputusan mula menjelma pada 2021, 2022 dan 2023.

"Pada 2018, kami membuat satu transisi melibatkan kemasukan pemain lebih muda serta barisan kejurulatihan yang baru dengan mengekalkan falsafah sama.

"Jadi, konsistensi berterusan," katanya. 

Misi besar pemilik JDT itu adalah sama, namun dengan idea berbeza apabila Harimau Selatan bakal mengharungi satu perubahan besar melibatkan skuad yang bertanding dalam kancah domestik Liga Malaysia (Liga-M) dan peringkat Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Menurut baginda, JDT kali ini menawarkan 70 peratus muka baharu dan kesebelasan utama juga berlainan. 

"Kami kekalkan penyelenggaraan sama tetapi mula melakukan beberapa perubahan.

"Kami mula melepaskan pemain-pemain senior dan merekrut tonggak muda termasuk jurulatih lebih muda.

"Dengan sasaran mempunyai skuad lebih muda pada masa akan datang.

"Dibantu dengan peranan beberapa pemain senior yang tinggal daripada aspek pengalaman dan kepimpinan, tetapi suatu masa pemain muda inilah akan mengambil alih mengetuai kelab.

"Mereka akan menjadi pelan jangka masa panjang untuk kelab ini," tambahnya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video