Skip to main content

Bola Sepak

Jawatan presiden kehormat FAM bukan perkara baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin.jpg
Spekulasi mula bertebaran menjelang Kongres Luar Biasa (EGM) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Isnin depan, dengan bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, dikaitkan bakal dilantik sebagai Presiden Kehormat FAM, Isnin depan.

Bekas Exco FAM, Christopher Raj, tampil memperjelaskan jawatan presiden kehormat itu bukanlah sesuatu yang baharu dalam badan induk itu dan mana-mana individu yang berkelayakan boleh dilantik.

"Presiden kehormat boleh datang daripada mana-mana golongan ahli-ahli bola sepak yang terlibat. Sebenarnya ia ada sejak di FAM pada 2014 ketika Almaryum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar menjadi presiden. 

"Apabila baginda meninggalkan jawatannya, baginda (kemudian) dipilih sebagai presiden kehormat. 

"Artikel 22 status FAM, (posisi) presiden kehormat sudah ada lebih 18 tahun. Ia bukan sesuatu yang baru. Mungkin pada 2017, kongres tidak memilih sebarang presiden kehormat," katanya di Nadi Arena.  

Dalam pada itu, Christopher juga menambah, seseorang individu yang dilantik sebagai presiden kehormat atau ahli kehormat tidak punya kuasa untuk membuat apa-apa keputusan eksekutif, sebaliknya berperanan hanya sebagai penasihat di dalam persatuan.

"Mana-mana individu yang dipilih sebagai presiden kehormat mungkin boleh memberi nasihat dan pandangan, apatah lagi individu tersebut memiliki jawatan dalam AFC dan FIFA.

"Mungkin ia menjadi satu jambatan untuk FAM untuk menggabungkan pengetahuan serta mendapatkan pertolongan," katanya lagi. 
 

Advertisement

Must Watch Video