Setiap pasukan bola sepak semestinya memerlukan penyokong bagi mengubah suasana perlawanan selain dapat membantu pemain lebih bersemangat ketika beraksi di atas padang.
Pengalaman saya ketika menghadiri perlawanan akhir Piala MFL di antara Terengganu II dan JDT II di Stadium Cheras Sabtu lepas adalah suatu yang tidak pernah saya lupakan.
Kehadiran penyokong Terengganu seawal jam 5 petang walaupun sepak mula pada jam 8.15 malam sudah cukup mengagumkan saya dengan kesungguhan mereka.
Kali ini, saya dipasangkan dengan jurukamera, Azahari, atau kami gelarnya Abang Jai.
“Abang Jai, awal lagi tapi dah ramai dah fans Ganu sampai tiga bas,” kata saya kepadanya.
Saya sempat bertanya kepada salah satu kelompok penyokong tentang jam berapa mereka bertolak dari Terengganu. Jawabnya dari pagi subuh, iaitu sekitar jam 6.30 pagi lagi mereka sudah pun memulakan perjalanan dan tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang.
Semestinya soalan susulan saya, “Lepas itu berehat di mana?”,
Jawab mereka, “Berehat sekejap di masjid berdekatan sebelum game, lepas habis game terus pulang ke Terengganu,”
Terkesima saya dibuatnya...
Begitulah semangat yang sepatutnya ditunjukkan oleh penyokong-penyokong pasukan tercinta mereka. Tidak kiralah bermain di tempat lawan mahupun di laman sendiri. Kalah menang, belakang cerita.
Seperti termakbulnya doa seorang musafir, nasib juga menyebelahi mereka apabila Terengganu II berjaya menewaskan kelab dari selatan itu dengan keputusan 1-0 walaupun jaringan pada minit-minit akhir tetapi berbaloi jugalah perjalanan panjang mereka itu.
Sepanjang penglibatan tiga tahun saya dalam industri bola sepak, saya sendiri boleh katakan penyokong Terengganu, Sabah, Kedah, Selangor, Perak dan Johor adalah antara penyokong yang sanggup berhabis tenaga dan wang ringgit demi memberikan sokongan padu kepada kelab kesayangan mereka.