CRYSTAL PALACE 0 CHELSEA 1
Thomas Tuchel mengakui Chelsea perlu memperbaiki persembahan mereka selepas kelihatan lesu dalam kemenangan 1-0 di Crystal Palace, tetapi memuji keampuhan pertahanannya sebelum jaringan lewat Hakim Ziyech itu terhasil, awal pagi tadi.
Jaringan Ziyech pada minit ke-89 bermakna pemain Maghribi itu buat julung kalinya menyumbat gol dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut sejak melakukannya bersama Ajax dalam kancah Eredivisie pada September 2019, secara tidak langsung kelab London itu kekal tujuh mata di belakang Liverpool yang menguasai tangga kedua.
The Blues gagal menjelmakan prestasi terbaik mereka apabila sekadar melancarkan sembilan percubaan ke arah gawang lawan sementara penyerang, Romelu Lukaku, melakukan tujuh sentuhan bola -- angka terendahnya sejak rekod Opta bermula pada 2003-04.
Bercakap selepas perlawanan, Tuchel mengakui bahawa barisan kendaliannya tidak berada di tahap terbaik mereka di Selhurst Park gara-gara jadual padat.
“Setiap pasukan akan menempuhi perlawanan seperti ini terutama di antara Disember, Januari dan Februari. Keadaan seperti ini boleh mencetuskan kesukaran,” kata bekas pengurus Borussia Dortmund dan Paris Saint-Germain itu.
“Jika kami seri lagi, kami mungkin akan bercakap lebih lama tentang perlawanan ini tetapi apabila menang, saya mempunyai peluang untuk meneruskan saingan dan melupakannya.
“Esok kami tidak akan bangun dan tertanya-tanya apakah yang boleh kami lakukan untuk menjadi lebih baik lagi.
"Kami kelihatan agak letih dan lesu. Semua orang memberikan yang terbaik tetapi kami sedikit bergelut, jadi adalah penting untuk menang dan terus berjuang."