UCL
Jaringan saya lebih cantik -- Zidane
Zinedine Zidane menyifatkan golnya dalam aksi final Liga Juara-Juara 2002 lebih baik berbanding gol Cristiano Ronaldo ketika berdepan Juventus tetapi menganggap ia sebagai antara jaringan terbaik dalam sejarah.
Ronaldo menjaringkan gol menerusi percubaan sepakan gunting ketika Real menewaskan Juve 3-0 dalam aksi suku akhir pertama UCL di Turin, awal pagi tadi.
Selepas membuka jaringan dalam tempoh tiga minit di Turin, pemenang Ballon d'Or lima kali itu menampilkan percubaan memukau hingga memaksa penjaga gol Juve, Gianluigi Buffon, terpaku manakala penyokong tuan rumah berdiri memberikan tepukan kepada Ronaldo.
Iklan
Zidane, yang meledak gol buat Real ketika berdepan Bayer Leverkusen di Glasgow 16 tahun lalu yang dilihat sebagai jaringan terbaik dalam saingan UCL, kagum dengan dua jaringan Ronaldo yang meletakkan Real selangkah lebih hampir untuk ke separuh akhir.
Ditanya mengenai perbandingan terhadap kedua-dua gol, Zidane menjawab, "Anda boleh membuat perbandingan tetapi jaringan saya lebih cantik. Tetapi jaringan Ronaldo lebih segar di minda.
"Jaringan yang dihasilkan oleh Ronaldo adalah salah satu yang terbaik dalam sejarah bola sepak.
"Saya pengendali Real Madrid tetapi saya juga peminat bola sepak. Apabila melihat jaringan ini, meletakkan tangan di kepala adalah satu tindak balas di luar kawalan saya.
"Saya sangat gembira untuk Ronaldo. Dia adalah pemain yang unik dan mampu melakukan apa sahaja."Zidane’s reaction to Cristiano’s overhead kick against Juventus ?? pic.twitter.com/NmJ61Kuxta— RMadridBabe (@RMadridBabe) April 3, 2018
Must-Watch Video