Ernesto Valverde percaya gol di tempat lawan mampu membantu Barcelona mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Jaringan Willian pada minit ke-62 hampir memberikan kelebihan buat Chelsea dalam aksi timbal balik pada 14 Mac ini.
Tetapi kesilapan Andreas Christensen memberikan peluang buat pelawat apabila Andres Iniesta berjaya mengumpan kepada Lionel Messi untuk menyumbat masuk gol pertamanya berdepan The Blues.
Valverde menyifatkan jaringan Messi itu merupakan saat yang penting dalam perlawanan ini, bagaimanapun menegaskan ia bukan bermakan Barca mampu melayakkan diri ke suku akhir.
"Jaringan penyamaan itu sangat penting," kata Valverde.
"Mereka mungkin gembira dengan keputusan ini dan kami perlu menghormati gaya permainan mereka.
"Mereka kurang melakukan hantaran berbanding kami tetapi mereka melakukan tekanan dan ia menyukarkan kami.
"Perlawanan ini menyaksikan pertembungan dua gaya permainan yang berbeza. Tetapi kami telah cuba melakukan yang terbaik dan kami akan cuba mengulanginya dalam aksi timbal balik," tambahnya.