LYON 1 PSG 1
Paris Saint-Germain (PSG) bergelut untuk meraih satu mata ketika menentang Lyon, di mana pemain gantian, Thilo Kehrer, memadamkan jaringan awal Lucas Paqueta untuk mengikat kedudukan 1-1 dalam perlawaan Ligue 1 di Stadium Groupama awal pagi tadi.
PSG kehilangan sebahagian bintang utama dengan Lionel Messi turut menyertai Neymar dalam senarai kecederaan selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 dan pendahulu liga itu mempamerkan aksi mengecewakan di laman lawan.
Lucas Paqueta membuka jaringan seawal mini ketujuh buat tuan rumah dan Kylian Mbappe pula terlepas peluang berharga untuk PSG menamatkan babak pertama dengan aksi mengecewakan.
Bagaimanapun, PSG berhasil menemui gol penyamaan pada 14 minit terakhir apabila Kehrer melepaskan percubaan lemah ke penjuru kiri gawang Lyon tetapi sudah cukup untuk menewaskan penjaga gol, Athony Lopes.
Mbappe sekali lagi hampir menemui jaringan pada penghujung permainan tetapi sepakan percumanya sekadar singgah di palang gol untuk PSG akur menamatkan perlawanan itu dengan hanya memungut satu mata.