EPL
Jarang-jarang berlaku, Manchester United kalah tapi penyokong Liverpool kecewa
Manchester United tewas 1-3 kepada Manchester City lewat malam tadi biarpun Marcus Rashford buka tirai jaringan buat the Red Devils.
— Manchester United (@ManUtd) March 3, 2024Keputusan ini menyaksikan kelebihan empat mata dimiliki Liverpool selepas anak buah Jurgen Klopp menewaskan Nottingham Forest berkurangan hanya kepada satu mata sekaligus sudah pasti beri sedikit kekecewaaan buat semua penyokong Liverpool di seluruh pelosok dunia.
Ini bermakna Liverpool tiada pilihan lain selain harus menewaskan Manchester City di Anfield minggu depan dengan perlawanan yang dijadualkan bakal berlangsung pada jam 11.45 malam, Ahad depan untuk kembali mendapatkan kelebihan empat mata.Is this the greatest title race we've ever seen? ? pic.twitter.com/hn1uNuOxnF— Premier League (@premierleague) March 3, 2024
Untuk rekod, Liverpool terlepas gelaran liga musim 2021/22 dengan hanya perbezaan satu mata, iaitu Man City yang berjaya muncul juara dengan kutipan 93 mata.
Must-Watch Video