Skip to main content

Bola Sepak

Jankto tarik perhatian Arsenal

jakub-jankto-290717.jpg
Pemain tengah Udinese, Jakub Jankto, menarik perhatian Arsenal bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/18.

Pemain berusia 21 tahun itu berjaya menyertai skuad utama di Dacia Arena pada musim lalu selepas mengharungi musim yang hebat bersama Ascoli pada musim sebelumnya.

Aksinya yang konsisten telah berjaya menarik perhatian beberapa pasukan dan ejen Jankto, Beppe Riso, turut menamakan Arsenal sebagai antara pasukan yang berminat.

“Arsenal sukakannya, begitu juga dengan Juventus dan Inter Milan,” ujar Riso.

“Adakah saya melihatnya dalam EPL berbanding liga lain? Ya.

“Dia masih muda tetapi tidak cepat melatah. Jankto hanya memikirkan Udinese buat masa sekarang,” tambahnya.

Jankto menyertai Udinese tiga tahun lalu dan berjaya menjaringkan lima gol hasil daripada 29 penampilan dalam Serie A musim lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video