Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, mengingatkan anak buahnya agar tidak memandang remeh cabaran PKNS FC sambil menyifatkan Sang Penyu sudah bersedia menyambut kunjungan lawan di Kuala Terengganu, malam esok.
Dengan saingan Liga Super musim 2018 bakal bermula esok, Irfan menyifatkan persiapan rapi sepanjang pra-musim telah memberikan semangat serta keyakinan dalam skuadnya untuk mencipta kejayaan.
"Selepas menjalani pra-musim yang panjang di Kemboja dan kejohanan empat penjuru, kami sudah bersedia menghadapi perlawanan pertama menentang sebuah pasukan yang dikendalikan jurulatih berpengalaman (Datuk K. Rajagobal).
"Saya mengharapkan tiga mata malam esok," kata Irfan Bakti menjelang sepak mula Liga Super musim 2018.
Berdepan PKNS dalam aksi sulung liga, Irfan menyedari Sang Penyu tidak boleh memandang rendah keupayaan PKNS dan beliau telah menghantar pasukan peninjau untuk mengenal pasti keupayaan skuad Semut Merah.
"PKNS sebuah pasukan yang berdisiplin.
"Dua pembantu saya telah merisik perlawanan mereka di Bangkok, mereka salah sebuah pasukan pencabar Liga Super," ujarnya lagi.
Sementara itu, Irfan turut meletakkan harapan tinggi kepada Lee Andrew Tuck -- pemain kelahiran Halifax, England -- yang dilihat sudah bersedia menggalas misi utama di bahagian serangan serta menekankan kerjasama tinggi daripada pemainnya.
"Dengan pengalaman dua musim di Malaysia, dia (Lee Andrew Tuck) sudah tahu selok belok permainan bola sepak kita.
"Pasukan ini bukan berkenaan dia seorang sahaja, ia melibatkan usaha sepasukan."