Skip to main content

Bola Sepak

Jangan gelar saya "Grizou" -- Griezmann

antoinegriezmann.jpg
Antoine Griezmann menolak cadangan mengenai perbandingan dirinya dan legenda Perancis, Zinedine Zidane, ketika sedang membuat persiapan untuk menjulang Piala Dunia buat Les Bleus.

Penyerang Atletico Madrid itu berusia tujuh tahun ketika Zidane menjaringkan dua gol untuk membantu Perancis menjuarai Piala Dunia di laman sendiri pada 1998, dan 20 tahun kemudian, Griezmann diangkat sebagai salah seorang pemain utama Perancis.

Sebahagian daripada jentera serangan seiring dengan Olivier Giroud, Blaise Matuidi dan Kylian Mbappe, Griezmann menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan jaringan, yang memberikan kepadanya nama samaran "Grizou" -- nama yang diilhamkan daripada "Zizou", sebagaimana Zidane di serata Perancis.

Griezmann menolak persamaan dirinya dengan Zidane, "Saya tidak gemar dipanggil 'Grizou'..

"Saya gemar bermain Fornite (permainan video), bola sepak dan selalu meluangkan masa dengan rakan sepasukan.

"Saya hanya mahu menjulang Piala Dunia."

Griezmann menyifatkan jentera pertahanan Perancis sebagai kunci utama peluang mereka untuk memastikan kemenangan Piala Dunia esok sementara dirinya dan Mbappe perlu tampil dengan aksi terbaik.

Perancis bolos empat gol dalam enam perlawanan sebelum ke final, tiga daripadanya hadir ketika mengatasi Argentina 4-3 dalam pusingan 16.

"Kami perlu pertingkatkan mutu permainan ketika bertahan di samping perlu menjaringkan gol.

"Saya tidak meletakkan sasaran untuk meraih Bola Emas, Piala Dunia adalah keutamaan saya dan pasukan,"ujarnya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video