"Jangan guna tiket palsu atau hadapi tindakan tegas!," demikian amaran Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) terhadap penjual atau pemilik tiket palsu yang cuba menembusi pintu masuk stadium dalam aksi pusingan kedua Piala FA di antara Sabah dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu ini.
Timbalan Presiden 2 SAFA, Datuk Lawrence Gimbang, berkata kawalan lebih ketat akan dilakukan di semua pintu masuk bagi menangani masalah yang mula dikesan di stadium berkenaan, baru-baru ini.
"Kita menjangkakan orang ramai akan membanjiri Stadium Likas Sabtu ini, dan kita sama sekali tidak akan membenarkan pemilik tiket palsu menembusi pintu masuk seperti sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama petugas perlawanan di Pejabat SAFA di Kota Kinabalu, hari ini.
Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Predeep Shamsuddin.
Lawrence berkata pihaknya berjaya mengesan sebanyak 10 tiket palsu yang digunakan untuk memasuki stadium dalam aksi liga bertemu Sarawak, Sabtu lalu.
"Tiga daripadanya dikesan di pintu masuk manakala tujuh lagi dikesan selepas pemeriksaan lanjut terhadap bahagian tiket yang telah dikoyakkan dan ini bermakna 10 tiket palsu berjaya digunakan dalam perlawanan itu.
"Taktik kumpulan ini (pemilik tiket palsu) adalah dengan melalui pintu masuk yang sedikit gelap dan kita akan mengatasinya dalam perlawanan akan datang dengan menyediakan lampu tambahan di pintu masuk terbabit," katanya sambil menambah pihak SAFA telah membuat laporan polis berhubung perkara itu, semalam.
Dalam perkembangan lain, Lawrence berkata sebanyak 21,000 tiket akan dijual bagi aksi pusingan kedua Piala FA Sabah bertemu JDT di Stadium Likas, Sabtu ini.
"Sebanyak 10,000 tiket akan mula dijual Jumaat ini bermula dari jam 10 pagi hingga 9 malam di kaunter tiket Stadium Likas manakala selebihnya akan dijual pada hari perlawanan, juga bermula jam 10 pagi.
"Orang ramai dinasihatkan supaya membeli tiket awal dan seboleh-bolehnya elak daripada membawa anak kecil ke stadium kerana kita jangka stadium akan sesak dan jika mahu bawa (anak kecil), mereka terpaksa membeli tiket untuk anak mereka," katanya.
Tambah beliau, hanya 10 tiket yang dibenarkan dibeli oleh setiap individu di kaunter tiket bagi mengelak aktiviti 'ulat tiket' berlaku.