Skip to main content

Bola Sepak

Jangan buruk sangka, kenapa Malaysia tidak hebahkan proses naturalisasi, warisan? -- Media Indonesia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Media Indonesia menjelaskan perbezaan proses naturalisasi negaranya berbanding Malaysia yang dianggap 'berahsia', namun ia bukanlah satu perkara yang aneh. 

Kecoh di media sosial berkenaan kehadiran pemain warisan baharu memperkuat Harimau Malaya menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia, baru-baru ini. 

Dan peminat negara jiran mempersoalkan kerakyatan yang diperoleh, sambil meminta menunjukkan bukti yang sah terhadap susur galur pemain tersebut. 

Kedatangan Imanol Machuca, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Facundo Garces, Hector Hevel dan Gabriel Palmero jelas menimbulkan pertikaian hangat sehingga menyebabkan kekecohan di alam maya. 

Media Indonesia, sepakbolaindonesia.talks tampil menjelaskan sebab dan cara berbeza kedua-dua negara itu melengkapkan proses pendokumentasian mengenai bintang naturalisasi dan warisan untuk mewakili skuad kebangsaan.

 
@sepakbolaindonesia.talks #sepakbola #bola #fyp #indonesia #timnas #belanda #petrikkluifert #alexpastoor #fypage #eriktohir ♬ suara asli - BolacomID


Katanya, peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah sama dan diguna pakai oleh semua negara dalam dunia. 

Cuma, proses mendapatkan kewarganegaraan adalah berbeza setiap negara berdasarkan undang-undang masing-masing.

Menerusi video yang dimuat naik, ia berkata bahawa proses naturalisasi atau warisan di Malaysia hanya perlu melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tanpa melibatkan pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri atau Yang di-Pertuan Agong. 

Sekiranya ia membabitkan langkah yang sangat penting, barulah menggunakan campur tangan kedua-dua pemimpin tertinggi negara tersebut. 

Sementara di Indonesia, ia memerlukan proses yang sangat panjang dan susah sehingga dibahas dalam Dewan Rakyat atau Parlimen yang diketuai oleh Presiden Indonesia sendiri. 

Jadi, salah silah keluarga pemain warisan Indonesia didedahkan kepada umum berbanding Malaysia.  

Advertisement

Must Watch Video