Romelu Lukaku bukan Lionel Messi tetapi Kevin De Bruyne percaya penyerang Belgium itu mampu melakar kejayaan bersama Manchester United.
Lukaku meninggalkan Everton untuk menyertai United dengan nilai perpindahan sebanyak GBP75 juta (RM417 juta), dan telah menjaringkan dua gol setakat ini.
Pemain berusia 24 tahun itu turut menemui sasaran ketika United meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City dalam saingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), semalam.
Dan bintang City, De Bruyne, menegaskan rakan senegaranya itu mampu menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.
"Dia akan beraksi dengan baik. Setiap orang mengetahui kualiti yang dimilikinya," kata De Bruyne.
"Jangan bandingkan Lukaku dengan Messi. Dia adalah seorang pemain yang memiliki fizikal yang kuat."
Lukaku menjaringkan 25 gol musim lalu tetapi tewas kepada penyerang Tottenham, Harry Kane, dalam perebutan sebagai penjaring terbanyak musim lalu.
Penyerang Chelsea itu meledak 53 gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan 71 gol dalam semua pertandingan sejak tiba di England pada 2014.
"Ramai pihak yang memberikan kritikan di atas nilai perpindahannya. Saya percaya dia mampu membuktikan kebolehannya dengan menjaringkan 20-25 gol buat United."

Romelu Lukaku's goal against Man City last night. pic.twitter.com/9NZsOJD2Wq
— Football__Tweet (@Football__Tweet) July 21, 2017