Skip to main content

Bola Sepak

James sah kekal di Santiago Bernabeu

breaking-news-james-confirms-he-will-remain-at-madrid.jpg

James Rodriguez menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila mengesahkan dia akan kekal bersama Real Madrid dan akan berjuang untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan pasukan itu.

Timbul laporan bahawa pemain antarabangsa Colombia itu akan berhijrah sebaik jendela perpindahan Januari dibuka, dengan Chelsea dan Manchester United dikhabarkan bakal menjadi destinasi seterusnya selepas dia hanya membuat empat penampilan dalam kesebelasan utama dalam LaLiga musim ini.

Namun, pemain berusia 25 tahun itu, yang berjaya melakar dua gol berdepan Sevilla dalam Copa del Rey pada Rabu, menegaskan dia komited untuk merebut tempat selepas mengadakan perbincangan dengan pengendali, Zinedine Zidane.

Bercakap kepada BeIN Sports selepas perlawanan itu, James berkata: "Setiap daripada kami dalam pasukan ini mahu beraksi setiap masa.

"Tetapi saya tidak ada masalah mengenai senario ini. Ini adalah tahun baru, dan saya mempunyai azam baru. Saya tidak akan berhijrah, saya akan kekal."

Advertisement

Must Watch Video