Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengakui kegagalan melakar kemenangan ke atas Kedah dalam final Piala FA, malam tadi, berpunca daripada kepadatan jadual Liga Malaysia yang secara tidak langsung menganggu prestasi anak buahnya kebelakangan ini.
Kedah muncul juara baru Piala FA selepas menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.
Pahang, yang beraksi hampir 60 minit dengan 10 pemain selepas Kiko Insa dibuang padang, mempamerkan permainan lebih rancak dalam babak kedua.
Dollah mengakui aksi dipamerkan selepas kembali daripada masa rehat merupakan permainan sebenar Tok Gajah.
"Permainan sebenar kami bermula dalam babak kedua. Itulah cara kami beraksi sepanjang musim ini. Tetapi kebelakangan ini disebabkan jadual yang padat, ia mengganggu rentak permainan kami," jelasnya.
Sementara itu, bagi pemangku jurulatih Kedah, Nidzam Adha Yusof, mereka sedar ancaman yang bakal dihadapi barisan pertahanan, terutama daripada aspek fizikal.
"Kami tahu Pahang tidak banyak menggunakan pemain tengah untuk menggerakkan bola. Mereka banyak menggunakan kekuatan fizikal pemain penyerang dan kelajuan pemain sayap," ujar Nidzam.