Skip to main content

Bola Sepak

Izham cari peluang jadi penjaga gol No.1 negara

12617izham.jpg
Mohd Izham Tarmizi mengintai peluang untuk kembali memegang status penjaga gol utama negara apabila Malaysia turun berdepan Lubnan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok.

Izham adalah antara 10 pemain yang dipanggil semula untuk menyertai skuad kebangsaan.

Bersaing merebut tempat bersama Khairul Azhan Khalid dan Muhamad Hafizul Hakim, penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tampak menjadi calon pilihan untuk mengemudi benteng akhir bertemu Lubnan.

Ia berdasarkan aksi cemerlangnya dalam Liga Malaysia dengan membantu JDT kurang dibolosi setakat ini.

"Syukur Alhamdullilah sebab dipanggil semula dan diberikan kepercayaan untuk berada dalam skuad kebangsaan," katanya. 

"Sebagai pemain, saya perlu beri apa yang saya ada untuk pasukan kebangsaan dan saya harap ia adalah satu titik perubahan untuk saya sendiri bagi meningkatkan lagi permainan saya akan datang."

Izham tidak beraksi dalam beberapa tugasan penting skuad negara sebelum ini, termasuk kempen Piala Suzuki AFF 2016.

Kali terakhir dia menyarung jersi skuad kebangsaan adalah ketika siri Jelajah Oceania skuad negara pada Jun tahun lalu.

"Dengan jurulatih, saya tidak ada masalah dan saya lihat penjaga gol lain pun tiada masalah. Saya rasa ketiga-tiga penjaga gol mampu memberikan sumbangan dan menjadikan pasukan lebih kukuh," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video