MAGHRIBI 1 IVORY COAST 0
Juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), Ivory Coast, tersingkir daripada saingan itu selepas dibenam Maghribi 1-0 untuk mara ke suku akhir menerusi jaringan menarik Rachid Alioui.
Alioui, yang masuk menggantikan Aziz Bouhaddouz yang tercedera pada babak pertama, muncul wira pasukannya menerusi jaringan kemenangan pada separuh masa kedua untuk menamatkan cabaran Ivory Coast yang gagal ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 2002.
Dua tahun lalu, Herve Renard membantu Ivory Coast untuk menjulang kejuaraan AFCON dan kini, dia membimbing Maghribi melepasi Kumpulan C di belakang Republik Congo.
Sedar hanya kemenangan akan menjamin tempat mereka ke pusingan seterusnya, jentera serangan penyandang juara itu, yang diketuai Wilfried Zaha dan Salomon Kalou, gagal menembusi kubu lawan yang dikemudi oleh tonggak Juventus, Medhi Benatia.
Maghribi, sebaliknya, hampir memecah kebuntuan pada babak pertama menerusi percubaan Faycal Fajr yang singgah di palang pada minit ke-25 untuk mengejutkan lawan yang lebih garang pada awal permainan.
Dengan Congo menumpaskan Togo 3-1, skuad Atlas Lions hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke suku akhir buat kali pertama sejak 2004 yang menyaksikan mereka menamatkan kempen sebagai naib juara.
Bagaimanapun, skuad kendalian Renard itu enggan sekadar bertahan dan akhirnya meraih pulangan berbaloi apabila Alioui melencongkan bola sepakan percuma untuk gol tunggal perlawanan.