Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Ivankovic beri amaran kepada Croatia ancaman Russia

russia.jpg
Bekas jurulatih Croatia, Branko Ivankovic, memberi amaran kepada negaranya mengenai bahaya ketika mereka menghadapi tuan rumah Piala Dunia, Russia, menjelang pertembungan suku akhir, awal pagi Ahad ini.

Zlatko Dalic menggalas tanggungjawab membawa Croatia ke babak lapan terbaik di Sochi untuk mengintai peringkat separuh akhir buat kali pertama sejak 1998.

Pada 1998, kejayaan luar biasa Croatia berakhir di tangan tuan rumah, Perancis, yang kemudian memenangi Piala Dunia manakala pasukan kendalian Miroslav Blazevic itu meraih tangga ketiga.

Ketika itu, Croatia melepasi halangan Romania dalam pusingan 16 untuk mereka mengulangi kejayaan di peringkat yang sama dengan Denmark. 

Ivankovic, penolong jurulatih dua dekad yang lalu, melihat persamaan di antara perlawanan itu dan dia tahu kemampuan tuan rumah dalam Piala Dunia.

"Perlawanan ini mirip (kemenangan ke atas Denmark) dalam banyak aspek. Ia sangat sengit untuk disaksikan dan beraksi," katanya kepada Omnisport.

"Pada masa itu, kami berdepan Jerman yang berada di puncak dunia sebagai lawan kami (di peringkat suku akhir) dan kini kami berdepan Russia.

"Ini sepatutnya menjadi permainan yang lebih mudah tetapi kami tidak boleh menjaminnya kerana Russia adalah tuan rumah dan ia adalah sentiasa berbahaya untuk berdepan tuan rumah."

Jika Croatia mengatasi Russia, pasukan Dalic itu akan berdepan England atau Sweden dalam separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video