Skip to main content

Bola Sepak

Isu tunggakan gaji antara punca permohonan Lesen Kebangsaan ditolak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl.jpg
Setelah tarikh permohonan Pelesenan Liga Kebangsaan ditutup pada 10 Mei, First Instance Body (FIB) difahamkan telah memulakan penilitian terhadap segala dokumen yang telah diserahkan oleh Malaysia Football League (MFL) yang difahamkan menerima lebih daripada 300 pemohonan. 

 

Namun, daripada perbualan bersama wartawan, Zulhelmi Zainal Azam, dalam Nadi Arena edisi semalam mendapati bahawa terdapat beberapa kelab yang masih lagi belum melunaskan isu tunggakan gaji yang terpalit kelab sejak musim lalu 2024/2025 tetapi tetap membuat pemohonan. 

 

“Saya ambil contoh seperti Kedah, berdasarkan laporan media, mereka masih mempunyai masalah tunggakan gaji dan pemain juga mengakui perkara itu. Sehingga kini, saya difahamkan ia masih belum dilunaskan tetapi pada masa sama mereka masih membuat pemohonan Lesen Kebangsaan”. 

 “Jadi inilah yang saya rasa mungkin akan menyebabkan kegagalan mereka untuk permohonan Lesen Kebangsaan. Selain Kedah, saya melihat kelab seperti Kelantan Darul Naim, cuma bezanya saya difahamkan untuk KDN mereka sudah mempunyai CEO baru dan ada pergerakan untuk pembayaran dilakukan”. 


 

“Jadi saya rasa apabila ada pergerakan, itu mungkin akan dinilai balik oleh MFL untuk mereka sama ada memberi kelulusan atau sebaliknya”. 

Tambah Zul lagi, kelab seperti Pahang yang dikhabarkan tidak ingin menyertai Liga Super yang akan datang nanti bukanlah disebabkan isu kewangan semata mata kerana mereka sudah pun melunaskan tunggakan gaji kepada pemain, tetapi difahakmkan mungkin lebih kepada masalah dalam kelab. 

 

Apa pun, keputusan daripada FIB dan MFL masih dinanti nantikan untuk mengeluarkan keputusan dengan segera supaya perancangan sesebuah kelab itu tidak akan terganggu. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video