Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan yang melanggar peraturan badan induk bola sepak negara itu.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman, berkata Jawatankuasa Tatatertib mempunyai justifikasi khusus sebelum menjatuhkan hukuman kepada pasukan berkenaan.
"Kita serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib sebagai badan bebas untuk membuat penilaian. Kami pun tidak boleh nak cakap kerana keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu muktamad.
"(Cadangan pemotongan mata dan beraksi stadium kosong) semua atas Jawatankuasa Tatatertib dan mereka ada justifikasi sendiri dan mereka akan membuat penilaian daripada situ," katanya.
Terdahulu, penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT), sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyalakan suar selepas berakhirnya perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu lalu.
Tindakan itu dilakukan selepas beberapa hari didenda oleh FAM sebanyak RM120,000 susulan kesalahan sama, sekali gus mengundang kemarahan yang menyifatkan penyokong pasukan itu tidak serik dengan hukuman berkenaan.
Rata-rata pemerhati bola sepak mahu FAM menjatuhkan hukuman yang lebih berat termasuk bermain di stadium kosong dan pemotongan mata kepada JDT dan bukan hanya denda bagi memberikan pengajaran kepada penyokong kelab itu.
Tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi penganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.
Sebelum ini, penyokong JDT menyalakan suar selepas perlawanan dalam dua aksi Liga Super, masing-masing ketika berdepan Sabah FC pada Mac lalu dan Kedah Darul Aman FC (April) serta dalam satu aksi Piala FA berdepan PDRM FC pada April lalu.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam, enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan turut menyerahkan segala keputusan kepada FAM.
"Semua ini di bawah bidang kuasa FAM. Mereka pihak yang terbaik untuk menjawab," katanya.
Kredit: Sinar Harian