Skip to main content

Bola Sepak

Isu FIFA-FAM, 7 pemain digantung: Apa beza kes kita dengan Timor Leste?

leste.jpg

Sudah jatuh ditimpa tangga?

Susulan keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berikutan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan.

Advertisement

Dijangka Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bakal menolak rayuan tersebut kerana bukti yang didedahkan menunjukkan benar ada unsur penipuan... 

Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjatuhkan hukuman serta merta. CAS boleh mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan dengan sedikit diskaun.

FAM pula diperintah membayar denda sekitar RM1.8 juta.

Apa bezanya dengan kes Timor Leste sembilan tahun lalu pada 2017?

Menerusi satu keputusan hasil siasatan yang dijalankan, terdapat percanggahan maklumat yang diperoleh FIFA, dan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar.

Daripada 29 perlawanan dibatalkan dan pihak lawan diberi kemenangan percuma, pegawai terlibat iaitu Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Timor Leste (FFTL), Amandio de Araujo Sarmento, digantung selama tiga tahun daripada segala aktiviti bola sepak kerana terlibat dengan proses pendokumentasian itu.

Sementara badan induk itu bersama beberapa pegawai terlibat dikenakan hukuman kewangan. 

Pegawai lain seperti Gelasio De Silva Carvalho juga tetap dikenakan denda kerana mencemarkan reputasi bola sepak secara amnya.

Timor Leste juga menerusi kerajaannya telah mengambil langkah drastik untuk membatalkan pasport sembilan pemain itu dan mengharamkan nama mereka daripada memasuki negara itu berkuat kuasa serta merta.

Para pemain dilarang sama sekali daripada didaftarkan dalam mana-mana pertandingan bola sepak pada masa hadapan sebagai warganegara Timor Leste. Kebanyakan pemain kembali ke kelab asal mereka atau mencari peluang baharu di luar Timor Leste.

Kemudian, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengeluarkan Timor Leste daripada kempen Piala Asia 2017 termasuk dilarang menyertai kelayakan 2023. 


Namun, Timor Leste tidak memanjangkan perkara itu dengan mengemukakan rayuan, mahupun Mahkamah Timbangtara Antarabangsa (CAS). 

Pada 26 September lalu, FAM diperintah membayar denda yang ditetapkan, selain Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, dikenakan penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak bermula tarikh yang dimaklumkan.

Terlebih dahulu, dalam satu temu ramah dengan Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul, mendedahkan FAM berdepan satu proses yang panjang sebelum ada titik pengakhiran terhadap isu ini. 

Isu ini bakal melalui proses yang panjang, dengan CAS menjadi platform akhir dalam menoktahkan isu dengan FAM memutuskan untuk meneruskan rayuan sejauh itu.

Segala jenis impak, kesan mahupun implikasi masih belum diputuskan secara terang, meskipun terdapat perdebatan hangat di media sosial.

Adakah Harimau Malaya benar berdepan kemungkinan terkeluar daripada saingan Piala Asia 2027? 

Tumpuan kini terarah kepada AFC bagi menentukan kedudukan FAM dan skuad kebangsaan, sementara adakah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga berperanan untuk mengambil tindakan lanjut melibatkan empat pemain yang beraksi bersama kelab tempatan.

Penolakan mata dan kemenangan percuma kepada pihak lawan jadi topik utama.

Antara kebarangkalian hukuman yang boleh dikenakan oleh AFC adalah;

1. Pembatalan keputusan perlawanan rasmi. 
Dua kemenangan oleh skuad kendalian Peter Cklamovski menentang Nepal dan Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2027 boleh ditarik dan pihak lawan mendapat kemenangan percuma 3-0.

2. Penolakan mata kempen.

3. Tersingkir daripada kempen, dan berkemungkinan tidak dapat berjuang dalam kelayakan edisi selepas 2027.

4. AFC juga boleh menjatuhkan denda tambahan kepada FAM. 
Ia melibatkan tambahan bayaran atau sebarang kesilapan dalam pentadbiran boleh membawa kepada siasatan baru.

5. Larangan pentadbiran.
Pegawai yang terlibat dalam isu dokumentasi boleh digantung daripada aktiviti bola sepak, sekali gus diharamkan terlibat dalam urusan pentadbiran.

6. Atau mungkinkah bakal ada juga hukuman melibatkan kelab yang bertanding dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan ACL2? Kelab terlibat berpotensi dikenakan hukuman daripada segi penolakan mata atau kemenangan ditarik. Namun, tiada hujahan tepat atau peraturan yang tampak tidak mengakibatkan apa-apa kesan kerana kebebasan kuota pemain yang didaftarkan. Segalanya masih menjadi persoalan.

Senario terburuk boleh berlaku sekirangan AFC mengambil pendekatan keras iaitu membatalkan keputusan Kelayakan Piala Asia, seterusnya disingkirkan. Ranking keseluruhan FIFA terjejas. Persepsi negatif daripada kebanyakan negara.

Bagi sudut MFL selaku penganjur kancah domestik seperti Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA dan lain-lain pula. Berikut merupakan antara kemungkinan besar boleh berlaku.

1. Penguatkuasaan larangan pemain.
2. Pemotongan mata, mahupun kemenangan.
3. Siasatan pendaftaran kuota tempatan dan import.

Akan tetapi, Figueiredo, Irazabal, Hevel didaftarkan sebagai pemain tempatan dan sah disisi undang-undang. Semuanya bergantung kepada MFL untuk menentukan bentuk hukuman.

Bagaimanapun, umum mengetahui bahawa pasport dan kewarganegaraan mereka tidak terbatal. Isu sebenar adalah berkenaan kelayakan bermain bukan tentang status kerakyatan. Jika diikutkan, tiada hukuman dikenakan kepada kelab yang menurunkan mereka sebelum ini.

Ini sekadar khabar angin kerana belum ada pengesahan rasmi daripada AFC dan MFL setakat ini. 

 

Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Must Watch Video