Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkongsikan bakal mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.
Meskipun tidak terdapat laporan dilakukan mana-mana pihak, namun siasatan akan dijalankan mengenai isu yang diklasifikasikan sebagai 'public domain' itu sekiranya terdapat kesalahan jenayah.
"Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai oleh pengarah dan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi dengan pihak FIFA untuk mengetahui apa sebenarnya isunya dan sekiranya kita mendapati ada berlakunya sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa kami, SPRM akan menjalankan siasatan.
"Oleh kerana perkara ini timbul dalam media dan saya lihat ini satu perkara yang melibatkan kepentingan awam.
"Tidak ada laporan tetapi SPRM melihat ini dalam kenyataan media yang keluar, jadi dia menjadi satu kenyataan umum ataupun dalam domain public.
"Bila menjadi dalam satu public domain, SPRM kita tidak menunggu sebarang aduan rasmi dibuat, kita boleh mengambil tindakan kerana masyarakat sudah mengetahui tentang perkara ini." katanya seperti dilaporkan akhbar tempatan.
Badan induk bola sepak itu dikenakan sekatan dan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melakukan pelanggaran babitkan Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
FAM diarahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) manakala tujuh pemain berkenaan dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000).