Tiga perlawanan tanpa sebarang kemenangan tidak membuatkan pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria, cepat melatah untuk meletakkan masalah ketumpulan serangan sebagai punca utama kegagalan mereka meraih tiga mata sulung setakat ini.
Hanya dua jaringan mampu dicipta dalam tiga perlawanan menjadi keutamaan Ismail yang perlu diperbaiki dalam tempoh rehat hampir dua minggu ini.
Ternyata beliau belum berpuas hati dengan keupayaan barisan serangannya yang dibarisi Abdul Manaf Mamat selain dua pemain import, Zarko Korac dan Murilo de Almeida.
"Penyerang saya gagal menyumbat jaringan dan pasukan lawan mengambil kesempatan tersebut untuk mengatasi kami," kata Ismail.
"Terdapat banyak perkara yang harus diperbaiki dan saya berharap mereka mempamerkan persembahan yang lebih baik selepas ini."
Tiga mata ke atas UKM FC dalam aksi keempat Liga Perdana, 23 Februari ini, cukup mustahak buat Kuantan FA agar tidak tercicir jauh daripada kelompok atasan.
Biarpun ia satu kesukaran bermain pada sebelah petang, Ismail menyifatkan pemain-pemain tidak boleh mengeluh kerana itu sahaja pilihan jika bermain di Stadium Selayang.
"Kami terpaksa beraksi pada sebelah petang. Ternyata 35 peratus daripada persembahan sebenar gagal dijelmakan dan rata-rata pemain import yang dibawa masuk tidak pernah bermain dengan cuaca di Malaysia."