Skip to main content

Bola Sepak

Isco samai rekod Xavi

isco_3.jpg
Cristiano Ronaldo mungkin pemain paling menonjol tetapi Isco mempamerkan kualiti hantaran terbaik ketika Real Madrid meraih kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), semalam.

Ronaldo menjaringkan dua gol, dengan gol kedua merupakan sepakan gunting yang menyaksikan penyokong tuan rumah berdiri memberikan tepukan gemuruh, sekali gus meletakkan juara bertahan itu selangkah untuk mara ke separuh akhir.

Tetapi pemain tengah, Isco, adalah pemain yang paling menyerang buat gergasi LaLiga itu, mengetepikan Gareth Bale untuk berada dalam kesebelasan utama dengan menyempurnakan 54 hantaran sebelum digantikan pada minit ke-75.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu melakukan bantuan jaringan untuk gol pembukaan Ronaldo -- menjadi pemain pertama untuk merekodkan hantaran melebihi 50 kali tanpa gagal buat kali pertama sejak empat tahun lalu.

Xavi merupakan pemain terakhir yang berjaya melakukan rekod sedemikian, dengan legenda Barcelona itu melakukan 95 hantaran tanpa gagal dalam aksi UCL pada April 2014.

Advertisement

Must Watch Video