Skip to main content

Bola Sepak

Isco berang tindakan wartawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isco-cropped_198d5diyybitd1wcha98yu0rr0.jpg
Isco menggelarkan tindakan seorang wartawan sebagai memalukan berdasarkan liputannya ketika Real Madrid menewaskan Juventus dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah.
 
Pemain Los Blancos itu tampak sangat marah dan tidak gembira selepas penyampai radio dan televisyen dari Sepanyol, Juanma Castano, menyifatkan kemenangan Madrid ke atas Juve pada Rabu lalu itu sebagai skandal dan rompakan dalam bola sepak, selepas juara bertahan itu dianugerahkan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.
 
Apa yang membuatkan Isco begitu berang adalah kejayaan kebangkitan hebat yang dipamerkan Barcelona ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada musim lalu dilihat sebagai sesuatu yang bersejarah di mata wartawan yang sama.
 
“Satu kerjaya, dua alat pengukur, amat memalukan,” ujar Isco menerusi laman Twitter peribadinya.
 
Madrid diundi bertemu Bayern Munich dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara dan mereka kini menyasarkan untuk meraih kejuaraan itu buat kali ketiga berturut-turut.

Advertisement

Must Watch Video