Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, tidak mampu menyembunyikan rasa terkilan dengan kegagalan pemainnya membawa balik tiga mata sebagaimana diharapkan dalam saingan menarik Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Katanya, selepas menyaksikan persembahan Kelantan tewas 1-2 kepada Melaka United minggu lalu, dia yakin TFC mampu menjinakkan skuad kendalian Sathit Bensoh itu.
“Selepas menyaksikan Kelantan beraksi buruk menentang Melaka United minggu lepas, saya yakin kami mampu membawa balik tiga mata.
“Malangnya, pemain Kelantan cukup berbeza dan mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk berkongsi mata. Mungkin pertukaran tiga pemain mengubah rentak mereka,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Irfan juga menggangap kegagalan pemain sayap Terengganu membiarkan pemain import Kelantan, Margaro Gomis, bergerak bebas menyusun serangan menjadi faktor mengapa mereka gagal menekan TRW biarpun mendapat jaringan awal.
“Saya jangkakan selepas kami mendapat gol awal melalui Kipre, pemain Terengganu akan terus menekan benteng pertahanan Kelantan. Malangnya, ada dua tiga pemain yang gagal mengikut arahan untuk mengawal pergerakan tuan rumah.
“Sudah tentu Kelantan akan bangkit untuk mencari gol penyamaan dan membiarkan pemain berjersi nombor 21 (Gomis) bergerak bebas cukup mengundang bahaya dan hasilnya mereka
bangkit semula. Tentang penalti, saya tidak nampak apa yang berlaku,” katanya.