Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, mengakui pasukannya seolah-olah mengalami 'penyakit' sambil lewa selepas tunduk 1-2 kepada Perak di tempat sendiri, malam tadi.
Terengganu, yang sudah layak ke suku akhir lebih awal, gagal menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia mereka, sekali gus menerbitkan kekecewaan yang jelas dirasai pengendali berpengalaman itu.
Irfan juga berpendapat bahawa skuad bimbingannya beraksi di bawah tahap sebenar dan melakukan banyak kesilapan mudah ketika pasukan lawan memberi tekanan demi tekanan ke kawasan berbahaya Terengganu.
"Kami tidak berani mengawal bola, tidak berani bermain dengan corak sebenar, sebaliknya Perak beraksi lebih baik.
"Mungkin disebabkan faktor Terengganu sudah layak, namun itu tidak sepatutnya bermain dalam fikiran pemain-pemain," ujar Irfan.
Ironinya, tiga kemenangan mereka hadir di luar Kuala Terengganu dan dua aksi di tempat sendiri memberikan keputusan serba tidak menjadi buat bekas juara Piala Malaysia 2001 itu.
Ketiadaan sebarang percubaan ke arah pintu gol Perak dalam babak pertama juga mendapat perhatian Irfan dengan Terengganu hanya memperkemaskan rentak selepas rehat.
Malah, tonggak import yang juga kapten, Kipre Tchetche, beraksi longlai apabila gagal menembusi kubu pertahanan pemain tempatan Perak selain jentera tengah dan belakang Terengganu yang tidak berfungsi.
"Dua gol lawan berpunca daripada kegagalan berkomunikasi dengan baik di mana ada sehingga tiga pemain berjersi putih mengawal Gilmar Da Silva.
"Perak menghukum kami seperti mana kami melakukan kepada mereka di Ipoh tempoh hari."