Ketua jurulatih Lazio, Simone Inzaghi, menasihatkan pasukannya supaya berwaspada untuk aksi suku akhir kedua Liga Europa (UEL) berdepan Red Bull Salzburg, minggu depan.
Kelab Itali itu meraih kelebihan dua gol untuk dibawa ke Austria selepas meraih kemenangan 4-2 di Stadio Olimpico hasil jaringan Senad Lulic, Marco Parolo, Felipe Anderson dan Ciro Immobile.
Sepakan penalti Valon Valon Berisha menafikan gol pembukaan Lulic manakala pemain gantian, Takumi Minamino, hampir memastikan keputusan seri buat pelawat ketika perlawanan berbaki 19 minit.
Anderson and Immobile berjaya menjaringkan dua gol yang memberikan kelebihan buat Lazio tetapi Inzaghi masih belum melihat aksi terbaik daripada pendahulu Liga Austria itu dan menyedari aksi sengit menanti mereka di Red Bull Arena Salzburg nanti.
"Kami menyedari kebolehan Salzburg dan mereka tidak banyak bolos dalam keseluruhan kejohanan tetapi empat daripadanya hadir dalam perlawanan ini," katanya.
"Mereka bangkit ketika ketinggalan 2-0 untuk mengikat kedudukan 2-2 tetapi saya berterima kasih di atas usaha pemain-pemain mendapatkan dua gol sebagai bekalan aksi timbal balik.
"Aksi sukar menanti kami tetapi kami perlu mempamerkan mentaliti terbaik di Austria.
"Saya kagum dengan persembahan Salzburg ketika berdepan Real Sociedad dalam pusingan 16.
"Kami mempunyai kelebihan tetapi Salzburg beraksi cemerlang di laman sendiri dan saya menjangkakan perlawanan yang sengit," katanya lagi.