Skip to main content

Bola Sepak

Inter hampir dapatkan Messi -- Laporta

27417lionel-messi.jpg
Lionel Messi hampir meninggalkan Barcelona untuk ke Inter Milan pada 2006, namun hubungan baik bekas presiden, Joan Laporta, dengan bapa pemain itu, Jorge, menyebabkannya kekal di Camp Nou.

Laporta yang menjadi presiden di Barca selama tujuh tahun mengesahkan perkara itu sambil memberitahu Inter bersetuju untuk membayar klausa perpindahan Messi bernilai EUR150 juta ketika itu.

“Ia berlaku pada tahun 2006 apabila Inter melakukan bidaan untuk Messi,” kata Laporta.

“Mereka menyediakan wang sebanyak EUR150 juta menyamai klausa perpindahan Messi sehingga menyebabkan kami terpaksa menaikkannya sehingga EUR250 juta selepas itu,” katanya.

Bagaimanapun, Laporta menyifatkan hubungan baiknya dengan Jorge membuatkan Messi kekal bersama Barcelona.

“Saya memberitahunya (Jorge) bahawa Messi akan gembira di sini dan memenangi piala.

“Dia hanya akan meraih wang yang banyak di Milan tetapi dia tidak memiliki kelompok pemain yang akan menjadikannya pemain terbaik sepanjang zaman,” ujar Laporta.

Dalam masa sama, Laporta menganggap Messi adalah jelmaan campuran Johan Cruyff dan Diego Maradona.

“Dia adalah sebahagian daripada Cruyff dan Maradona tetapi dia adalah Leo Messi,” katanya.

Advertisement

Must Watch Video