Skip to main content

Bola Sepak

Intensiti Alaves begitu unggul -- Simeone

alaves-0-atletico-madrid-0-simeone-s-men-lucky-to-avoid-defeat.jpg
DEPORTIVO ALAVES 0 ATLETICO MADRID 0 

Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone, menganggap pasukannya ditewaskan oleh Deportivo Alaves selepas terikat 0-0 dalam aksi La Liga di Mendizorrotza, awal pagi tadi.


Deyverson terlepas dua peluang keemasan untuk mendapatkan tiga mata buat pasukan tuan rumah, dengan Atletico juga tidak banyak meraih peluang apabila hanya mempamerkan serangan tumpul.

Masalah kecederaan dan penggantungan dalam pasukan Atletico memaksa Simeone tiada pilihan dalam barisan serangan tetapi jurulatih kelahiran Argentina itu berkata skuadnya tidak fokus.

"Alaves hebat, terutama dalam intensiti," kata Simeone selepas Atletico seri tiga perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

"Ia adalah perlawanan yang tidak baik secara umum. (Nico) Gaitan mempunyai peluang yang paling jelas tetapi penjaga gol bertindak balas dengan tepat dan (Yannick) Carrasco bermain seperti seluruh pasukan. Kami mesti cuba memperbaiki pemainan ini."

Sementara itu, pemain kelahiran Brazil, Filipe Luis, berasakan hantaran kurang cermat daripada pemain membuatkan Atletico bergelut untuk mencari peluang di depan pintu gol. 

"Kami telah diatasi oleh Alaves," kata Filipe Luis. "Mereka membuat permainan jadi hebat dan kami tidak, kami membuat hantaran-hantaran yang gagal.

"Kami tidak menemui rentak permainan dan mereka telah mengalahkan kami dalam permainan di udara.

"Itu bukan imej yang kami ingin berikan dan itulah sebab kenapa kami berusaha untuk memperbaikinya.

"Kami mahu menang hari ini, kami teruja mengenai permainan ini. Apabila memasuki padang yang anda patut menang dan bermain dengan baik, anda sentiasa bertambah baik, anda mendapat keyakinan.

"Tetapi kami telah melalui tempoh yang teruk dan pastinya pemainan baik kami akan kembali," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video