Diego Maradona berseloroh mengenai Lorenzo Insigne, dengan legenda Argentina itu mencabar penggempur Napoli itu untuk memadamkan rekod golnya sekiranya berhasrat menyarung jersi nombor 10 kelab berkenaan.
Nombor itu dibersarakan Napoli pada 2000 sebagai penghormatan kepada Maradona yang menyumbat 115 gol untuk skuad Serie A itu
Insigne, yang turut menjadi pujaan di Stadio San Paolo, menarik perhatian Maradona apabila berkata pemain Itali itu berhak memakai nombor jersi itu andai dia memenuhi syarat tunggal yang ditetapkan itu.
"Kalau dia menjaringkan lebih banyak gol daripada saya, maka dia boleh memakainya," katanya dalam sidang media menjelang majlis pengurniaan status warga kehormat Naples buat Maradona, yang menganggap anak buah Maurizio Sarri itu dalam landasan tepat untuk memenangi gelaran sejak dia membantu mereka memenangi liga pada 1989 dan 1990.
"Saya harap ini merupakan musim yang tepat untuk memenangi Scudetto berikutan mereka sudah memiliki pengalaman mengelakkan tercicir mata berbanding sebelum ini.
"Kalau tidak, mereka harus sudah lama muncul juara.
"Ini merupakan masa terbaik buat Maurizio Sarri, Pepe Reina, Insigne, Dries Mertens dan rakan-rakan. Mereka mampu membuktikan bahawa Napoli berupaya memenangi Scudetto.
"Beberapa generasi sudah berlalu sejak saya pergi. Seorang bapa terpaksa mendapatkan video gol-gol saya untuk dimainkan kepada anak-anak mereka.
"Malah, kanak-kanak kenal saya di Naples dan itu membuatkan saya sangat bangga."
Seorang lagi pemain yang mampu mengatasi rekod Maradona adalah Marek Hamsik yang hanya memerlukan tiga gol lagi.
Tambah Maradona: "Saya harap dia dapat melakukannya. Rekod itu untuk dipecahkan. Saya harap dia dapat menyumbat lebih banyak gol dan membantu kemenangan Napoli agar saya dapat menghantar ucapan tahniah."