Andres Iniesta mengesahkan persaraan di peringkat antarabangsa selepas Sepanyol tewas dalam penentuan penalti kepada tuan rumah, Russia, dalam Piala Dunia 2018, tengah malam tadi.
Antara pilihan untuk menjulang trofi berprestij berkenaan, Sepanyol menyertai Jerman, Portugal dan Argentina yang tersingkir awal sebaik Igor Akinfeev menampan sepakan penalti Iago Aspas di Moscow.
Iniesta memulakan permainan dari bangku simpanan pada pertengahan babak kedua apabila Sepanyol cuba untuk kembali mendahului susulan penalti Artem Dzyuba yang menyamakan kedudukan, namun kelibatnya masih belum cukup untuk mencetuskan inspirasi kemenangan.
Iniesta, 34, yang akan menyertai Vissel Kobe selepas mengakhiri kerjayanya di Barcelona, mengesahkan dia telah berkasi dalam perlawanan terakhirnya bersama Sepanyol.
"Realitinya, ini merupakan perlawanan terakhir saya bersama pasukan kebangsaan, ia satu tempoh yang indah," ujar Iniesta yang menjaringkan gol kemenangan ke atas Belanda dalam final edisi 2010.
"Pengakhiran tidak semestinya seperti yang kita impikan. Pasukan kebangsaan akan terus berjaya berdasarkan pemain yang kami miliki dan itulah yang patut dicuba," katanya.
Pemecatan Julen Lopetegui pada malam kejohanan itu tidak dapat disangkal lagi menjejaskan persiapan Sepanyol. Begitupun Iniesta menegaskan bahawa itu bukan alasan mereka tidak dapat mengatasi tuan rumah berkenaan.
"Ia akan menjadi satu bentuk kelebihan untuk mengatakan bahawa situasi Lopetegui mempunyai kaitan, pada akhirnya pemainlah yang mengawal bola," katanya.
"Pesalah utama dalam bola sepak adalah pemain yang berada di atas padang."