Andres Iniesta mengesahkan bahawa dia merancang untuk membuat pengumuman mengenai masa depannya pada minggu ini apabila dilaporkan akan berhijrah ke Liga Super China dari Barcelona.
Iniesta menikmati kerjaya yang luar biasa di Barca, memenangi pelbagai kejohanan selepas menyertai kelab itu dari Albacete ketika remaja.
Spekulasi mengenai masa depannya berlarutan sejak kebelakangan ini, dengan beberapa laporan mendakwa Chongqing Lifan China sudah mempunyai perjanjian dengan Iniesta.
Dia kemudian menerima tepukan tanda hormat ketika Barca di ambang kemenangan 5-0 ke atas Sevilla dalam final Copa del Rey, awal pagi tadi, sebelum kelihatan beremosi di bangku simpanan.
Walaupun laporan mengatakan pengesahan itu akan dibuat sejurus selepas aksi final itu, Iniesta berjanji akan membuat pengumuman muktamad dalam minggu ini.
"Saya akan umumkan keputusan itu secara terbuka minggu ini," kata Iniesta seperti dipetik laporan Mundo Deportivo.
"Banyak emosi, banyak perasaan, banyak tahun -- saya gembira dapat menyumbang gelaran ini. Hari ini semua orang layak memperolehnya.
"Saya gembira secara peribadi dan kolektif. Begitu beremosi, kemesraan dan rasa hormat kepada semua. Seperti yang saya katakan, saya akan cuba menambah piala ini kepada liga.
"Minggu ini, saya akan bercakap mengenai keputusan yang saya buat, sebagai individu dan sebagai seorang atlet. Kemesraan yang ditunjukkan oleh orang ramai adalah tidak ternilai," katanya lagi.