UiTM FC tampak terkesan dengan jadual padat Liga Malaysia musim ini tatkala penyertaan dalam Piala Malaysia dan saingan Liga Perdana jelas menjejaskan pemain yang kelihatan letih selepas mengharungi dua perlawanan dalam tempoh seminggu.
Sejak liga kembali bersambung 30 Jun lalu, UiTM tampak bergelut dengan masalah prestasi yang menyebabkan mereka kini jatuh ke tangga keenam liga.
Ketua jurulatih, Wan Mustaffa Wan Ismail, berasa gusar dengan senario pemainnya ketika ini yang tidak berada pada tahap terbaik, terutama ketika menentang Sabah malam tadi.
UiTM kecundang 1-0 di Shah Alam hasil gol tunggal pemain import, Rodoljub Paunovic.
"Ini pertama kali mereka beraksi dalam Piala Malaysia dan selang beberapa hari beraksi dalam Liga Perdana. Mungkin itu agak menjejaskan kecergasan mereka.
"Senario ini akan berterusan sehingga bulan depan. Bagi saya, penting untuk mengikuti perkembangan mereka dalam mengekalkan kecergasan," ujarnya.
Sementara itu, pengendali Sabah, Jelius Ating, teruja dengan corak permainan anak buahnya kerana berjaya menterjemahkan arahannya.
Kemenangan ketiga di tempat lawan meletakkan Sabah kini dalam landasan tepat memburu kedudukan pertengahan liga di samping menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.
"Ini merupakan satu peningkatan yang baik untuk Sabah selepas berehat sejak Ramadan dan Aidilfitri. Saya harap perkara ini berterusan," kata Jelius.