Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi, sebagai persembahan yang sempurna.
Menyedari hanya tiga mata mampu membawa mereka ke suku akhir, skuad The Bos Gaurus jelas menguasai permainan ketika tuan rumah seolah-olah hilang punca dan gagal menyaingi Perak.
Menurut Durakovic, kesemua pemainnya wajar diberi pujian kerana bekerja keras mematahkan ego lawan serta meleburkan rekod tanpa kalah Terengganu dalam Kumpulan A.
"Aksi cukup baik ditunjukkan pemain-pemain dari minit pertama sehingga wisel penamat dan kami berhak mendapat tiga mata.
"Malam ini (semalam) ialah malam kami. Saya boleh katakan ini adalah aksi yang sempurna dan profesional," ujar Durakovic.
Menurunkan hanya dua tenaga import, anak-anak buah Durakovic nyata tidak terkesan, sebaliknya gandingan pertahanan tengah, Shahrul Saad dan Mohamad Idris Ahmad, berjaya mengawal pergerakan Kipre Tchetche.
Di jentera tengah pula menyaksikan impak Nasir Basharudin dan Firdaus Saiyadi menenggelamkan aura arkitek Terengganu, Lee Tuck, manakala Gilmar Da Silva muncul wira Perak menerusi satu gol dalam setiap babak.
Kredit juga diberikan Durakovic kepada semua pemainnya yang menjadikan kemenangan malam tadi nampak mudah, sekali gus memastikan kemaraan naib juara Liga Super itu ke peringkat seterusnya.
"Secara taktikal, kami tahu apa yang diperlukan dan Terengganu hanya ada dua atau tiga peluang sepanjang 90 minit.
"Pemain tempatan Perak membuktikan mereka mampu mengisi kekosongan awang import dengan cemerlang," tambah bekas pemain dan jurulatih Selangor itu.