Legenda bola sepak England, Alan Shearer, percaya sukar buat Manchester United untuk mengubah nasib mereka dalam masa terdekat.
Kekalahan 1-0 di final Liga Europa semalam menyaksikan peluang terakhir The Red Devils untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan berakhir, sementara menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok pasukan tercorot di tempat ke-16 ketika ini.
Apa yang ditonjolkan pasukan dalam aksi final merumuskan musim mereka, tiada sebarang tanda untuk mengecap kejayaan ketika berdepan pasukan yang menghuni tangga ke-17 liga ketika ini.
Mengambil petikan Shearer menerusi mirror.co.uk, dia membuat jangkaan awal buat musim hadapan bakal menjadi musim tanpa sebarang trofi buat The Red Devils.
"Segalanya serba tidak menjadi di Manchester United.
"Sama seperti Spurs, musim mereka terletak kepada pertandingan ini (UEL).
"Kita telah melihat sejak beberapa bulan yang lalu kedua-dua pasukan perlu menang UEL untuk menyelamatkan musim mereka.
“Daripada segi kewangan, ia akan menyakitkan mereka untuk menarik pemain yang mereka inginkan kerana mereka bukan Man United sejak 20 tahun lalu, di mana kebanyakan pemain mahu pergi ke sana.
"Mereka bukan kelab bola sepak itu lagi; mereka hanya kelab itu dengan nama.
“Mereka tidak layak memenangi Liga Europa atau berada dalam Liga Juara-Juara.
"Adakah mereka akan berada dalam pasaran untuk pemain terbaik sekarang? Pemain terbaik mahu bermain dalam Liga Juara-Juara dan mencabar trofi.
"Adakah Man United akan mencabar trofi musim depan? Saya rasa jawapan mudahnya ialah tidak, mereka tidak."