Skip to main content

Bola Sepak

'Impian' ke Barcelona punca Malcom terjebak dalam perang perpindahan

malcom.jpg
Pemain yang baru ditandatangani Barcelona, Malcom, memuji kejayaan gergasi LaLiga itu selepas menukar fikiran untuk tidak menyertai Roma.

Pemain berusia 21 tahun itu menyempurnakan perpindahan "impian" bernilai €41 juta (RM195j) ke Camp Nou semalam, hanya sehari selepas Bordeaux mengumumkan mereka telah menerima tawaran daripada AS Roma.

Pasukan Serie A itu kini mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan undang-undang setelah berasakan mereka seolah-olah dipaksa terjebak dengan "lelongan" biarpun rundingan itu telah dimuktamadkan.

Malcom, pemain remaja antarabangsa Brazil, menyifatkan perpindahan secara mengejut ke Barca itu sebagai memenuhi impiannya sejak kecil. 

"Ini adalah satu pengalaman yang unik, saya sangat gembira. Ini bagaikan mimpi menjadi kenyataan untuk menyertai salah sebuah kelab terbesar di dunia," katanya kepada TV Barca.

"Saya berharap dapat membuat peminat gembira. Saya sangat berharap untuk bertemu rakan sepasukan, bercakap dengan mereka dan mengetahui lebih lanjut mengenai corak permainan kami.

"Saya sangat teruja dan tergesa-gesa untuk memulakan (karier di sini). Sukar untuk menerangkan perasaan ini, ia adalah impian saya sejak kanak-kanak," ujarnya.

Bekas pemain Corinthians itu mencetuskan pemburuan untuk khidmatnya selepas merakamkan 12 gol dalam kempen Ligue 1 pada musim terakhirnya di Bordeaux.

 

Advertisement

Must Watch Video