Skip to main content

Bola Sepak

Icardi tidak boleh gembira -- Spalletti

icardi-cropped_9hjyoffkkgg019ipxzmmkpupy.jpg
INTER 4 CAGLIARI 0

Luciano Spalletti percaya Mauro Icardi "tidak boleh berasa gembira" meskipun kapten Inter itu mencetuskan kemenangan 4-0 skuad Nerazzurri ke atas Cagliari di San Siro, awal pagi tadi.


Icardi memberi prestasi cemerlang dengan menjaringkan gol ke-25 Serie A musim ini ketika Inter mengukuhkan harapan mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan terbaik.

Walaupun pemain Argentina itu melebarkan rekod koleksi golnya untuk satu-satu kempen liga, Spalletti masih mahukan lebih banyak lagi daripada pemain berusia 25 tahun itu.

"Saya fikir pemain seperti dia tidak sepatutnya gembira," kata pengurus Inter kepada Mediaset Premium. "Memang benar 25 gol adalah banyak dan dia belajar kembali untuk menguatkan pasukan, jadi dia menerima banyak bola.

"Siapa yang mengatakan dia hanya perlu berdiri di sana dan menjaringkan gol adalah mengecewakannya. Ia kerana jika dia membantu, maka dia akan menjaringkan gol dua kali lebih banyak.

"Jika dia hanya berdiri di sana, lebih mudah bagi pertahanan untuk mengikatnya. Jika dia datang ke belakang, ruang tercipta," katanya.

Impak Icardi tidak hanya terhad kepada golnya, yang hadir pada awal babak kedua perlawanan yang dikuasai Inter, dengan gol pertama Serie A Joao Cancelo membawa mereka mendahului pada minit ketiga.

Bekas penyerang Sampdoria itu banyak mencipta peluang, antaranya kepada pemain muda, Yann Karamoh, sebelum jaringan disudahkan oleh Marcelo Brozovic dan Ivan Perisic.

Spalletti terkesan dengan aksi Karamoh tetapi berkata pemain berusia 19 tahun itu harus memperbaiki aspek membuat keputusan dan ketajaman di hadapan gol.

"Dia sangat kreatif dan bermakna kerjasama dengan rakan sepasukan adalah rumit tetapi dia tidak boleh teruskan gaya itu. Saya tahu orang sukakannya tetapi ia akan membantu dia menjadi pemain yang lebih baik.

"Dia mampu berdepan dengan pertahanan. Dia tidak mudah hilang bola dan perlu memperbaiki penyudahnya tetapi kami boleh melakukannya," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video