Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Icardi tagih hormat daripada Inter

icardi.jpg
Mauro Icardi mula bersuara dan menuntut hormat daripada Inter sementara menegaskan dia sentiasa mengutamakan pasukan terlebih dahulu.

Penyerang berusia 26 tahun itu tidak beraksi untuk skuad kendalian Luciano Spalletti tersebut sejak awal bulan lalu dan sekali lagi diketepikan daripada aksi berdepan Cagliari.

Pemain skuad kebangsaan Argentina itu mengeluh mengalami kecederaan lutut tetapi pegawai perubatan kelab memberitahu dia tidak mengalami sebarang masalah kecederaan selepas ujian yang dilakukan minggu lalu.

Icardi kini dikaitkan bakal berhijrah meninggalkan San Siro dan terdapat lapoan menyatakan dia telahpun beraksi dalam perlawanan terakhir untuk Inter, namun ejen serta isteri pemain tersebut, Wanda Nara, menegaskan dia mahu kekal bersama kelab itu.

Icardi menggunakan Instagram semalam untuk membuktikan pengorbanannya kepada kelab serta meluahkan kebimbangan terhadap pegawai senior yang tidak menunjukkan "kasih dan hormat" kepadanya.

"Ia merupakan satu situasi yang sukar untuk membuktikan kesetiaan. Saya mengambil keputusan untuk kekal di Inter, bersama Inter.

"Dan di sebalik perkara yang telah berlaku, saya sentiasa membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan.

"Saya telah menolak banyak tawaran yang tidak mampu diketepikan oleh mana-mana pemain profesional.

"Saya beraksi dengan kecederaan fizikal untuk pasukan. Walaupun pegawai perubatan telah menasihatkan saya untuk diketepikan, saya tegas mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan. Kerana saya mampu mengetepikannya setiap kali turun beraksi dengan sasaran untuk melakar kemenangan buat pasukan.

"Di Inter. Bersama Inter. Demi cinta kepada warna Nerazzurri.

"Saya memberitahu kepada anak-anak saya untuk terus berharap. Saya mengajar mereka kemenangan itu sukar diraih tetapi melakukannya bersama Inter mampu memberikan makna yang besar.

"Saya telah merealisasikan impian saya, impian seluruh Inter untuk  kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL).

"Saya sentiasa menghormati penyokong, rakan sepasukan, kelab dan jurulatih kelab ini.

"Tetapi, saya tidak tahu pada saat ini, jika masih ada kasih dan hormat Inter dan terhadap saya.

"Saya tidak tahu jika wujud keinginan seseorang untuk menyelesaikan masalah ini.

"Banyak perkara boleh berlaku dalam kekeluargaan, baik atau buruk.

"Tetapi hormat adalah sesuatu yang tidak boleh diketepikan. Ini adalah nilai-nilai saya dan apa yang saya perjuangkan."
 

Advertisement

Must Watch Video