Skip to main content

Bola Sepak

Ibarat aksi final -- Durakovic

mehmet_1.jpg
Pertembungan dua pasukan teratas Liga Super, Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Perak malam ini diibarat seperti aksi final buat The Bos Gaurus.

Perak akan menampilkan cabaran sengit buat JDT, dengan pengendali pasukan, Mehmet Durakovic, mengakui kemenangan hanya akan melengahkan kejuaraan hampir pasti buat JDT tetapi ia akan menjadi hadiah buat seluruh penyokong Perak.

Brendan Gan dan Misagh Bahadoran berkemungkinan besar tidak dapat turun beraksi kerana mengalami kecederaan.

"Kami akan menampilkan permainan menyerang dan berharap segala usaha kami mampu bertukar menjadi jaringan," kata Durakovic.

Kapten pasukan,  Nasir Basharuddin, berharap setiap pemain Perak menampilkan permainan bermutu bagi memastikan mereka menamatkan saingan liga di tempat kedua.

"Mengakhiri saingan di tempat kedua Liga Super memastikan kami bersaing dalam Piala AFC dan ia akan menjadi satu cabaran baru buat setiap pemain," katanya.

Advertisement

Must Watch Video