Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Hummels simpati dengan keperitan dialami Dortmund

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mats-hummels-cropped_16bj21rl6x4f11ujt48dmlfj1n.jpg
BAYERN 6 DORTMUND 0

Mats Hummels bersimpati dengan bekas kelabnya, Borussia Dortmund, selepas kekalahan 6-0 kepada Bayern Munich dalam aksi Der Klassiker.


Hatrik daripada Robert Lewandowski di samping gol daripada James Rodriguez, Thomas Muller dan Franck Ribery memberikan kemenangan bermakna buat pendahulu Bundesliga itu di Allianz Arena.

Hummels, yang beraksi sebagai pertahanan Bayern, tidak diberikan sebarang tekanan oleh jentera serangan Dortmund -- hanya percubaan daripada Mario Gotze pada penghujung permainan sekadar menggegar palang gol. 

"Ramai bekas rakan sepasukan saya beraksi dalam perlawanan hari ini, sedikit-sebanyak ia memberikan kesan kepada saya," kata Hummels.

"Saya mengetahui keperitan yang dialami mereka. Untuk perlawanan akan datang, keputusan yang berbeza mungkin mampu dijelmakan oleh mana-mana pasukan.

"Dalam separuh masa kedua, kami tidak memberikan terlalu banyak asakan kerana menyedari Dortmund semakin sukar untuk menjaringkan gol.

Skuad kendalian Jupp Heynckes itu menyedari kemenangan ini tidak cukup untuk menyaksikan mereka dinobat sebagai juara selepas Schalke turut menewaskan Freiburg.

Heynckes, bagaimanapun, berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh The Bavarians.

"Selepas aksi perlawanan antarabangsa, sukar untuk mendapatkan rentak tetapi kami berjaya melakukannya," katanya.

"Pasukan memberikan tumpuan sejak permulaan permainan, kami beraksi cemerlang dalam tempoh 30 minit pertama."

Advertisement

Must Watch Video