SOUTHAMPTON 0 LEICESTER CITY 0
Pengurus Southampton, Mark Hughes, menegaskan semangat pemainnya tidak akan lemah selepas mereka diikat 0-0 oleh Leicester City dalam Liga Perdana Inggeris di Stadium King Power, awal hari ini.
Keputusan itu membawa mereka kepada empat mata di belakang Swansea City yang berada di tempat ke-1, tetapi kelab Wales itu berkelebihan kurang satu perlawanan berbanding The Saints yang kini gagal menang dalam lapan perlawanan liga.
Southampton berpeluang melupakan masalah liga mereka pada Isnin ini apabila menghadapi Chelsea dalam separuh akhir Piala FA dan Hughes menegaskan bahawa mereka tidak akan terganggu.
Dia memberitahu BBC Sport: "Hanya masa akan memberitahu sama ada mata itu cukup untuk kami.
"Ada sedikit kebimbangan dalam permainan kami yang mudah dibaca tetapi saya tidak boleh menyalahkan pemain, mereka berusaha keras.
"Aksi pemain agak mendatar dan kami mempunyai perlawanan besar pada hujung minggu tetapi kami tidak berada dalam keadaan lemah.
"Ini adalah kekecewaan kerana tidak mendapat mata maksimum tetapi keutamaan adalah untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan," hujahnya.
Keputusan itu bermakna The Foxes sudah mengharungi tiga perlawanan tanpa kemenangan tetapi bosnya, Claude Puel, tidak peduli dan percaya jika pemain menunjukkan tahap prestasi yang sama selepas ini, keputusan akan berbeza.
"Kami agak kecewa tidak menang tetapi saya gembira dengan prestasi kami," katanya.
"Ia penting untuk meneruskan momentum dari babak kedua menentang Burnley (Sabtu lalu) dan saya fikir kami melakukannya.
"Kami menunjukkan banyak kualiti dan mempunyai dua atau tiga peluang yang baik untuk menjaringkan gol dalam babak pertama.
"Kami bermain dengan tempo dan intensiti yang tinggi. Jika kami dapat mengulangi prestasi ini dalam perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace, kami akan dapat melakukannya dengan baik," katanya lagi.
Penulis Jemputan
Fri Apr 20 2018