Tatkala Eddie Howe mengalihkan tumpuan sempena pertembungan di Stamford Bridge, pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, tidak perlu diperkenalkan lagi dengan rakan sejawatannya di Bournemouth itu.
Semasa dia sedang membina reputasi sebagai salah seorang jurulatih Inggeris disegani, Howe sempat meminta nasihat bekas pengurus Empoli itu.
Pengurus berbangsa Itali itu pada mulanya agak bingung tetapi kedua-dua mereka tetap saling berhubung dan Bournemouth turut mengikat skuad bimbingan Sarri, Napoli, 2-2 dalam aksi pra-musim tahun lalu.
"Saya bertanya kepadanya, 'mengapa Empoli?' dan dia memberitahu saya bahawa dia mahu belajar daripada semua kelab kecil di Itali dan Perancis pada masa itu. Dia kagum dengan Empoli," kata Sarri.
"Ya, saya terkejut. Saya mengenali Bournemouth yang ketika itu baru memenangi Liga Kejuaraan. Saya cuma tidak mengenali Howe atau pemainnya tetapi saya tahu situasinya.
"Ketika saya berumur 40 tahun, saya mengemudi pasukan bukan profesional (Tegoleto) dalam Serie D. Saya tidak terkejut dengan kedudukan terkini Eddie kerana dia begitu bijak dan cerdas.
"Saya fikir dia sudah bersedia. Dia baru berusia 40 tahun tetapi dia sudah bersedia. Mungkin, ketika berusia 40 tahun, saya belum bersedia."
Sarri, 59, sekali-sekala bertukar maklumat dengan Howe yang menyaksikan Bournemouth kini mengumpul tujuh daripada sembilan mata.
Mereka boleh memberikan cabaran sengit kepada rekod 100 peratus Chelsea -- terutama melalui kemenangan 3-0 di barat London musim lalu.
"Saya tidak menonton perlawanan itu, jadi saya tidak tahu," kata Sarri, yang kelihatan tidak berminat untuk mengulas mengenai rekod buruk.
"Tetapi, seperti yang saya katakan sebelum ini, mereka sebuah pasukan berbahaya. Dalam fasa bertahan, mereka sangat teratur. Jika mereka mempunyai ruang, mereka sangat berbahaya dalam serangan balas.
"Mereka menyerang ruang dengan sangat baik pada waktu yang tepat, jadi mereka sangat berbahaya. Jika anda tidak bermain dengan baik dengan tahap perhatian yang tinggi, maka anda mudah ditewaskan mereka."