Eddie Howe menyifatkan kemenangan 3-0 Bournemouth ke atas Chelsea merupakan keputusan terbaik sejak menyertai Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Cherries kini memasuki musim ketiga EPL dan terus mempertingkatkan mutu persembahan mereka hasil daripada jaringan Callum Wilson, Junior Stanislas dan Nathan Ake di Stamford Bridge.
Keputusan itu meletakkan mereka di tangga ke-10, lima mata di atas kedudukan ketiga terbawah.
"Kami gembira dengan kemenangan ini," kata Howe.
"Ia merupakan saat terbaik buat kami sepanjang musim ini. Ia merupakan persembahan terbaik pada tahap ini.
"Saya mengucapkan tahniah kepada pemain-pemain. Chelsea merupakan pasukan yang berkualiti, mereka bertahan dengan baik, sentiasa memberikan ancaman kepada kami," katanya.
Howe mengakui terkejut dengan jurang kemenangan itu.
"Kami telah bersedia dengan kualiti yang mampu dipamerkan oleh Chelsea tetapi kami telah bermula dengan baik dan menjaringkan tiga gol.
"Kami akan terus mempertingkatkan mutu permainan. Pemain-pemain mula mempercayai pendekatan pasukan ini."