BOURNEMOUTH 2 PALACE 2
Pengurus Crystal Palace, Roy Hodgson, kecewa apabila mereka dua kali gagal mempertahankan gawang dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sukar diterima.
Pemain gantian Bournemouth, Joshua King, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89, sekali gus memberikan tuan rumah seri 2-2 untuk menafikan kemenangan penting buat Palace dalam usaha untuk kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Luka Milivojevic membuka jaringan sebelum Lys Mousset menyamakan kedudukan pada minit ke-65.
Jaringan Wilfried Zaha dilihat mampu memberikan kemenangan berharga buat Palace tetapi King memastikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata pada penghujung permainan.
Keputusan itu melonjakkan Palace di tangga ke-17 dan berkelebihan satu mata daripada zon penyingkiran tetapi Hodgson kecewa kerana pulang tanpa mata penuh.
"Sukar untuk menerimanya kerana kami hampir melakar kemenangan," katanya.
"Bournemouth berada dalam kedudukan yang selesa, mereka mampu menurunkan ramai penyerang. Pemain-pemain gantian mereka juga mampu beraksi cemerlang.
"Kami perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dalam setiap perlawanan yang dihadapi.
"Malangnya, ia terjadi dan mereka meraih jaringan dan kami tidak berpeluang untuk melancarkan serangan balas," katanya lagi.