Pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak, tidak mahu pasukannya dibandingkan dengan skuad bawah 16 tahun bimbingan Lim Teong Kim dan mengambil-alih tekanan layak ke Piala Dunia kerana mereka tidak menerima persediaan sempurna seperti skuad muda itu.
Selepas kegagalan skuad bawah 16 tahun layak ke Piala Dunia Bawah 17 tahun, tumpuan bakal terarah kepada pasukannya yang akan melewati kelayakan Piala Dunia Bawah 20 tahun dalam Kejohanan AFC di Jakarta.
Berbekalkan kredibiliti selaku pemegang kuasa Asia Tenggara selepas muncul juara Piala AFF pada Julai lalu, Hodak menegaskan itu bukan ukuran yang baik untuk diberikan harapan yang tinggi.
Persediaan skuad B-19 tidak serapi skuad kendalian Teong Kim dan perbandingan tidak sewajarnya berlaku.
"Mereka memiliki tempoh empat tahun untuk mempersiapkan pasukan tetapi kami hanya mempunyai empat hari atau seminggu, jadi ia berbeza.
"Apa yang sering saya katakan, Malaysia dalam 20 tahun sebelum ini jauh berada di bawah. Kami sentiasa menyertai kejohanan tanpa sebarang tekanan dan memegang status bukan pilihan tetapi tetap menghadirkan kejutan," katanya.
Bagaimanapun, ia tidak bermaksud Hodak sudah mengangkat bendera putih.
Malah, beliau menegaskan tugasan terakhir pada 2018 tetap akan diharungi dengan sebaik mungkin dan terselit harapan untuk melihat anak buahnya mencatat satu lagi kejutan di Jakarta, bulan depan.
"Bagi saya, kini lebih mudah untuk meletakkan fokus dalam sesi latihan. Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia, malah sukar untuk bersaing dalam kejohanan peringkat Asia.
"Jadi, pemain-pemain lebih bermotivasi."