Gonzalo Higuain direhatkan oleh skuad Juventus bagi menentang Atalanta dalam perlawanan kedua separuh akhir Coppa Italia di Stadium Allianz, Turin, awal pagi esok.
Penyerang itu disyaki mengalami kecederaan pergelangan kaki dalam kemenangan 'derby' 1-0 ke atas Torino pada 18 Februari lalu dan dikeluarkan selepas hanya beraksi selama 16 minit.
Jurulatihnya, Massimiliano Allegri, berharap dapat memiliki pemain antarabangsa Argentina itu, yang menjaringkan gol tunggal dalam aksi pertama di Bergamo, di bangku simpanan di Stadium Allianz.
Bagaimanapun, Juve hari ini mengesahkan Higuain masih mengalami kesakitan dan tidak akan mengambil risiko.
Federico Bernardeschi, Juan Cuadrado dan Mattia De Sciglio juga tidak hadir seperti yang diharapkan.
Oleh itu, Mario Mandzukic atau Paulo Dybala berkemungkinan akan menerajui serangan menentang skuad Gian Piero Gasperini itu, esok.