Gonzalo Higuain menempelak kritikan terhadapnya selepas sepakan penalti penyerang Juventus itu terkena palang untuk mereka terpaksa berpuas hati seri 2-2 menentang Tottenham Hotspur, pertengahan minggu lalu.
Dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) itu, Higuain meledak dua gol dalam tempoh sembilan minit pertama untuk meletakkan juara Serie A itu menguasai penuh permainan, namun Harry Kane memulakan kebangkitan Spurs dengan mengurangkan defisit jaringan.
Salah satu daripada jaringan itu terhasil melalui penalti, namun dia gagal menyudahkan kesempatan kedua pada akhir babak pertama yang terbukti menjadi detik penting dalam perlawanan itu.
Selepas seri 2-2, Higuain menyerang pengkritik yang mempersoalkan prestasinya dengan menyatakan di Instagram: "Betapa mudahnya untuk bercakap dari kerusi di rumah."
Menjelang Derby della Mole bertemu Torino dalam Serie A esok, Higuain berhajat meneruskan sentuhan berbisanya.
"Kami sentiasa maju ... sentiasa mendengar kritikan membina, yang tidak menjejaskan," menurut Higuain lagi.
"Terima kasih kepada semua kerana banyak mesej kasih sayang... hari yang baik untuk semua."
Jaringan ke atas Spurs bermakna Higuain telah meledak dalam lima penampilan berturut-turut dan bakal merampas kedudukan pendahulu daripada Napoli andai mereka mengelak kekalahan.
Higuain merekodkan 20 gol dalam semua pertandingan bersama pasukan bimbingan Massimiliano Allegri itu setakat musim ini.