Massimiliano Allegri akan tetap memilih Gonzalo Higuain berbanding Harry Kane ketika Juventus bersedia menghadapi Tottenham Hotspur dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi esok.
Juve akan menanti kunjungan Spurs di Stadium Allianz terlebih dahulu selepas lawan mereka itu melakar kejutan mengungguli Kumpulan H di depan Real Madrid dan Borussia Dortmund.
Kane akan turun dengan reputasi lapan gol dalam tujuh penampilan terakhirnya sementara Higuain turut berada dalam prestasi terbaik, dengan enam gol disumbat dalam empat perlawanan.
Banyak perbandingan dibuat terhadap kedua-dua penyerang itu, namun Allegri menegaskan dia mempunyai pendapat yang jelas mengenai pemain yang lebih baik.
"Apa soalan ini! Tentu saja Higuain!" katanya sambil tersenyum dalam sidang media.
"Memandangkan pilihan di antara Higuain dan Kane, saya masih memilih Pipita sebagai nombor sembilan saya sunggupun Kane adalah penyerang kelas atas."
Higuain akan memikul beban tambahan selepas Paulo Dybala masih dibelenggu kecederaan hamstring sementara khidmat Blaise Matuidi (paha) juga tidak boleh digunakan.
"Sudah tentu seseorang akan menggantikannya kerana kami perlu bermain dengan 11 pemain tetapi dengan pemain yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza," kata Allegri.
"Kami akan cuba beraksi mengikut kebolehan pemain menerusi kemahiran spesifik serta ciri yang ada. Kami tahu kami mempunyai tempoh 180 minit, kami tahu kelemahan Tottenham dan juga kualiti mereka.
"(Claudio) Marchisio meyakinkan saya, begitu juga (Rodrigo) Bentancur. (Stefano) Sturaro juga mampu memainkan peranan Matuidi, mungkin dia yang paling mirip dengan Matuidi.
"Jika tidak, kami perlu mengubah formasi atau sekurang-kurangnya mengisi peranan itu dengan pemain dengan ciri-ciri yang berbeza. Ia banyak bergantung kepada pemain.
"Esok, kami perlu menampilkan permainan yang hebat dari sudut pandangan taktikal kerana jika kami hanya memberi tumpuan kepada aspek fizikal, kami boleh mengalami banyak masalah," tambahnya.